Friday, August 5, 2011

cerite cikgu praktikum di padang

ni merupakan praktikum saya yang kedua sebagai guru pelatih. mula-mula saya rasa sangat excited sebab bila pergi ke sekolah saya tidak perlu belajar di dalam kelas. tapi perasaan excited tu da makin kurang sebab makin lama makin letih plak nak mengajar budak-budak. mungkin sebab da masuk bulan puasa, saya pun macam xbrapa ada tenaga nak layan perangai budak-budak yang macam-macam ragam. tambah-tambah pulak bila mengajar subjek pendidikan jasmani. letih betul sebab budak-budak ajak cikgu maen bola. tolong lah sayang2 cikgu, cikgu xlarat nak main bola.

cerita pasal main bola nie teringat pulak waktu mula-mula nak mengajar subjek pj nie, ada tiga orang murid saya yang xnak ikut P&P saya sebab nak main bola. mereka boleh plak cakap cam nie:
"kalau xdapat main bola, kito xseh main"
waktu tu tuhan je yang tahu macam mana sakitnya hati saya ni. tiba-tiba datanglah seorang cikgu ni suruh jugak murid-murid ni ikut P&P saya tapi mereka masih degil. last sekali, datanglah headmistress kami, the one and only MAMA. MAMA ni guru besar kat sekolah saya tu, MAMA baru cakap sekali terus takut. saya ingat kan lepas mama marah tu diorang nak lah main game yang saya buat, memang diorang main tapi habis budak-budak lain jadi mangsa diorang. semua kena tolak sampai jatuh.

habis je P&P tue saya pon duduk lah berfikir sejenak apa yang patut saya buat tok ubah sikap mereka-mereka tu. last-last lecturer saya pun bagi lah idea. dia suruh saya bagi je mereka-mereka ni main bola tapi dengan syarat. kalau mereka-mereka ni dengar kata saya baru dapat main bola. kiranya rph yang saya dah buat tue just on paper je le.

saya pun cubalah cara lecturer saya tu, memang jadi tapi hahahaha.. sekejap je diorang dengar kata saya. last-last amik kau, ni ha bola, main lah sampai sudah..

setelah saya membuat analisis, hal ini berlaku kerana mereka telah dilatih dengan cara yang sebegitu. cikgu pj mereka sebelum ini hanya membiarkan mereka melakukan aktiviti yang mereka mahukan dan tidak mengikut sukatan. menurut teori pembelajaran behavioris dalam contiguity yang ada menyatakan

"Perubahan tingkah laku yang terhasil  melalui hubungan rangsangan – gerak balas yang mudah. Pembelajaran ini berlaku apabila pasangan dan gerak balas itu diulang-ulang melalui aktiviti latihtubi


apabila mereka sudah biasa dengan keadaan seperti itu, mereka akan mengikuti cara itu. jadi saya lah yang pening kepala nak ubah sikap mereka.


maka dengan ini saya juga akan menggunakan teori yang sama untuk mengubah mereka. saya akan membiasakan mereka dengan cara saya supaya cikgu lama nanti pulak yang pening kerana kena mereka pelbagai aktiviti.. huhuhu.. sori yerk cikgu..

No comments:

Post a Comment